1. Memperkecil suami dihadapan orang lain antara sedar dan tidak. Walaupun ianya benar
ie. “hubby i tu kan kan..siang ikan pun dia tak tau.. bla bla bla “
2. Menggangu suami dengan menelefon dia terlampau selalu sangat dan selalu dimasa yang salah.
ie. “hello abang ada meeting ker tu, sorry la cuma nak cakap..malam nih kita masak sardine jer ..ok tak “
3. Terlalu suka mengemas rumah / mengalihkan barang sampai suami tak jumpa barang-barang yang disimpan beliau..
ie. “kita dah simpan screw drebar tu kat dalam stor, entah la kat atas shelf mana satu..”
4. Mengambil muka surat atau bahagian tertentu dari surat khabar dan menyusun surat khabar dengan cara yang amat salah..sampai tidak dijumpa mana-mana seksyen yang hendak dibaca.
ie. “bang, sport section tu ayang dah buat bungkus belacan..”
5. Memotong mana-mana bahagian majalah dan juga suratkhabar atau apa-apa bahagian dari mana-mana printed matter sampai berlubang sana sini dan sisuami tak sempat baca/tengok
ie. “eh.. kita suka la news pasal new peti ais tu..kita dah potong simpan …”
6. Menyuruh suami agar membeli itu dan ini dalam perjalanan balik dari opis,sedangkan nak pergi pasar/supermarket cuma esok sahaja atau baru semalam telah ke pasar.
ie. “bang.. semalam kita lupa beli garam,gula beras dan susu budak….boleh singgah tak mana mana ..pleaze “
7. Tidak memberi arahan/instruction yang jelas kepada suami bila menyuruh dia membeli sesuatu dan kemudian memarahkan/menyalahkan suami.
ie. “saya kata beli susu cair dan gula melaka, apsal awak beli susu pekat dan gula pasir …kan lain tu”
8. Membuat temujanji dan aktiviti sosial tanpa mendapat persetujuan suami terlebih dahulu
ie. “i dah confirm malam Jumaat nih nak dinner kat rumah cik minah, you tak ada program tahlil kat mana mana kan ?? “
9. Mengubah barang, tempat buku atau tools atau apa-apa setting di PC tanpa memberitahu suami.
ie. “screensaver u tentang gambar 1500cc harley tu i dah tertukar jadi gambar bunga ros…”
10. Bercakap/bersembang di telefon dengan kawan-kawan sewaktu malam selepas 10 pm bilamana nak beristirehat dan ber…ber….
ie. ” pot pet pot pet pot pet pot pet pot pet pot ..”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan