Selasa, 19 November 2013

10 fakta tentang malaysia

Berikut adalah senarai 20 fakta menarik mengenai Malaysia yang saya kira semua rakyat Malaysia patut tahu:

1. Malaysia sebenarnya bermula dengan nama Tanah Melayu yang merujuk kepada wilayah atau kepulauan di rantau ini. Namanya popular dikalangan pedagang-pedagang asing masa dulu sehinggakan nama Tanah Melayu dikenali dengan pelbagai nama seperti I-Tsing (di kalangan negara China, India dan Barat), Malaiur (Marco Polo), Malaiyur (inskripsi Tanjore-Sanskrit di India), Ma- Li-Yu-R (Yuan Shih/Cina), Mailiur (Siam) dan Malayo (Albuquerque/ Portugis).

2. Mengikut sejarah, Melayu dirujuk lebih kepada nama tempat bermula abad ke-6 hingga ke-10. Pada abad ke-11, barulah Melayu menjadi rumpun bangsa Melayu.

3. Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan tarikh kemerdekaan Malaya di Padang Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka pada 20 hb Feb, 1956.

4. Pada tahun 31 hb Ogos,1957 adalah hari Merdeka untuk Malaya daripada jajahan British tetapi Malaysia terbentuk melalui gabungan negeri-negeri Semenanjung Tanah Melayu, Borneo (Sabah dan Sarawak) dan Singapura. Brunei menolak daripada menyertai gabungan tersebut. Namun, pada tahun 1965, Singapura telah keluar daripada Persekutuan Malaysia.

5. Lembah Bujang yang terletak di sepanjang kaki Gunung Jerai adalah lokasi Empayar Melayu Langkasuka iaitu Kerajaan Kedah Tua lebih kurang 1500 tahun yang lalu. Nama Lembah Bujang adalah merujuk kepada perkataan Sanskrit iaitu nama pangkal “Bujang” atau “Bhujangga” yang bermaksud ular atau naga yang melambangkan kemakmuran sesuatu tempat.

6. Bendera Malaysia mula digunakan secara rasminya pada 16 hb September, 1963. Ianya direka seorang Arkitek di Jabatan Kerja Raya (JKR) di Johor Bahru iaitu En. Mohamad bin Hamzah. Rekabentuk asalnya ialah 11 jalur biru dan putih dengan bulan dan bintang berwarna kuning di bahagian tepi kiri.Rekabentuk asal ini telah melalui beberapa pindaaan dan pada akhirnya Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan Tuan-Tuan Yang Terutama Gabenor-Gabenor telah memperkenankan rekabentuk Bendera Malaysia yang mengikut rekabentuk Bendera Persekutuan Tanah Melayu dengan pengubahsuaian pada bilangan jalur-jalur dan bintang pecah 14 bagi menunjukkan 14 buah negeri baru bagi Persekutuan Malaysia. Bendera Malaysia telah disahkan oleh King George VI pada 19 Mei 1950 dan pertama kali dikibarkan di depan Istana Selangor pada 26 Mei 1950. Allahyarham Mohamed Hamzah meninggal dunia ketika berusia 75 tahun, pada 13 Februari 1993 di Jalan Stulang Baru, Kampung Melayu Majidee, Johor.

7. Pejabat Dearah Kuala Kangsar adalah tempat terakhir di mana pokok getah hidup yang asal telah ditanam. Poko getah ini telah dibawa masuk oleh H. N. Ridley dari London’s Kew Gardens pada tahun 1877.

8. Dokumen-dokumen China yang ditulis seawal abad ke-6 menyatakan bahawa nama Kelantan pernah disebut sebagai Ho-Lan-Tan disamping nama-nama lain seperti Tan-tan dan Chich-tu.

9. Wayang pertama yang ditayangkan di Malaya adalah pada tahun 1933 iaitu filem Laila Majnun, berasaskan kepada persembahan Wayang Sanskrit yang diarah oleh B.S. Rajhann dan diterbitkan oleh sebuah syarikat bernama Motilal Chemical Company yang berpengkalan di Singapura.Filem ini dibintangi oleh M. Suki, Fatimah Jasmin, Syed Ali Mansoor Al Attas. Pada tahun 1962, filem bertajuk yang sama telah dibuat semula oleh Cathay Keris Production, Malaya. Ianya dibintangi oleh Nordin Ahmad dan Latifah Omar dengan arahan oleh B.N. Rao.

10. Penang Free School merupakan Sekolah Inggeris Tertua di Asia Tenggara. Ianya diasaskan oleh Paderi Sparke Hutchings pada tahun 1816.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan