Khamis, 21 November 2013

Fakta Yang Kita Sendiri Tidak Tahu

Joe Alexander dari Jerman memecahkan 24 batu konkrit yang disusun berlapis dengan memegang sebiji telur ayam tanpa mmecahkan telur ayam tersebut. Rekod sebelum dalam kategori yang sama adalah sebanyak 14 batu konkrit.
1
Joe Alexander juga memegang rekod dunia kerana menangkap 43 anak panah yang dituju kepadanya. Rekod anak panah yang ditangkap dipecahkan oleh beliau sebelum itu adalah sebanyak 36 anak panah.
2
Alistair Galpin dari New Zealand memegang rekod Guiness World dengan arca berbentuk bola ragbi yang dibuat dengan menggunakan 19,205 tudung botol dan mengambil masa selama 18 bulan untuk membina arca tersebut
3
Kucing jenis Maine Coon yang bernama Stewie, mencatatkan rekod sebagai kucing yang mempunyai badan paling panjang iaitu 48.5 inci dari hujung hidungnya hingga ke hujung ekornya.
4
Labu paling berat di dunia. Labu yang mempunyai berat 1,810.5 paun ini di tanam di Wisconsin oleh Chris Stevens.
5
Hidung paling panjang yang pernah diukur dan dicatatkan adalah milik Mehmet Ozyurek dari Turki yang berukuran 8.8 cm yang diukur dari dahi aras kening hingga hujung bawah hidung.
6
Melekatkan sebanyak 17 sudu-sudu dengan menggunakan daya magnet dari badan telah dilakukan oleh Aaron Caissie dari Kanada.
7
Rekod memasukkan “straw” sebanyak 400 batang dan berjaya menahannya selama 10 saat telah dipegang oleh Simon Elmore dari Jerman
8
Stephen Parkes dari United kingdom pula berbeza caranya mendapat rekod. Beliau memegang rekod sebagai individu yang banyak menyimpan koleksi patung-patung smurf iaitu sebanyak 1,061 patung smurf. Koleksi ini disimpan sejak kanak-kanak lagi.
9

Tiada ulasan:

Catat Ulasan