Khamis, 21 November 2013

cara nak buat roti jala

Bahan-bahan ( 3 orang )

  • 2 cawan air
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 1/4 cawan minyak
  • sedikit pewarna kuning
  • sedikit garam
  • lain-lain: acuan roti jala, kalau takde, tebuk bawah tin susu ke tin sardin ke... tapi jangan besar sangat lubangnya.
  • untuk Kari Ayam pulak:
  • 7 ketul ayam (dibersihkan dan dibasuh dengan tepung gandum)
  • 4 biji bawang kecil
  • 2 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • sejemput asam jawa
  • 2 sudu serbuk kari
  • 1/2 sudu serbuk kunyit
  • 2 sudu lada boh
  • 1 biji kentang
  • 1 btg lada hidup
  • 4 cawan santan pekat
  • 2 cawan minyak untuk menumis
  • sedikit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih
  • sedikit garam

Cara-cara

  1. Blend semua bahan-bahan untuk membuat roti jala. Pastikan tepung yang melekat didinding blender dihakis supaya semua adunan sekata.
  2. Tapis adunan tadi.
  3. Panaskan pan, kalau dah panas, terus mulakan menjala dengan membuat bulatan dan pusing2 hingga menjadi jala.
  4. Tunggu 1-2 minit, angkat ke pinggan dan lipat dan gulung. Tak payah terbalikkan.
  5. Ulang langkah2 tadi hingga habis adunan. Mostly dapat dalam 20-25 keping, bergantung kepada adunan. Kalau adunan tak keluar dari acuan, tambah setengah cawan air. Sambil2 tu, mari kita masak kari ayam.
  6. Tumis bawang merah, bawang putih & halia yang dah ditumbuk.
  7. Bila dah naik bau, masukkan serbuk kari, serbuk kunyit... kacau sebentar dan masukkan ayam.
  8. Masukkan santan, kentang, lada hidup, kayu kayan tadi & garam secukup rasa. Tunggu mendidih dan sedia.