Sabtu, 24 Ogos 2013

Buat duit dengan Adsense/malay

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia, memang ramai Rakan Blogger yang menghubungi bertanyakan bagaimana blog citer ni boleh pasang iklan Adsense. Akaun Adsense di blog citer ni sebenarnya dah lama kalau tidak silap sejak 2005 dimana ketika itu aku mempunyai blog bahasa Inggeris yang fokus berkongsi tentang ilmu jual beli saham. Blog tersebut dah tak ada setelah berehat beberapa tahun sebelum bermula semula dengan blog citer ni
Untuk membuka akaun Adsense memang tiada pilihan melainkan mempunyai blog bahasa Inggeris jadi kepada Rakan Blogger yang teringin sangat nak mempunyai akaun Adsense mesti buat satu blog bahasa Inggeris. Buat satu blog bahasa Inggeris tanpa fikir tentang trafik sangat dan pastikan ada entri yang berkala untuk tempoh dua tiga bulan kemudian barulah memohon akaun Adsense. Jangan terburu-buru memohon akaun Adsense supaya tidak ditolak oleh Google Adsense.
Dengar cerita Google Malaysia sedang mencari blog bahasa Melayu yang bagus-bagus untuk diletakan iklan Adsense dengan package istimewa. Kalau tidak silap sudah banyak blog yang sudah terpilih antaranya blog Yanmieonline dan Beautifulnara tetapi blog Denaihati belum lagi mungkin suatu hari nanti. Blog yang bertuah ini dibenarkan meletakan iklan Adsense lebih daripada tiga berbanding jumlah biasa untuk blog lain hanya maksima tiga iklan sahaja. Blog-blog ini juga mendapat tips terus daripada Google cara setting dan lokasi terbaik untuk meletak iklan Adsense.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan